SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

Aku Islam

Dr. Pakar Cinta

FIRST EXPERIENCE

sebenarnya saya dah x ingat sangat masa first time guna internet ni... dalam samar2 pemikiran rasanya masa darjah 5 guna internet ni... and rasanya time tu just main game kat komputer jerr... tapi sebab parent baik hati,pasang la internet kat umah...start dari situ la saya trus men internet..ala zaman budak2 nak main apa sangat...bukak2 je nak main game,pastu nak cari gambar pasal citer kartun yang selalu tengok kat tv...tu je la...tu lah keja aku...memang betul la org cakap ada internet ni x makan pun x pe..ketagih!! bil telefon rumah lak mahunya x melambung tinggi...besar sket masuk secondary school baru aku tahu nak guna internet dengan betul..tu pon lepas cikgu BM suruh cari keja.kalau x memang aku x tahu la..tau nak download gambar je...tu zaman x de lagi fb,twitter semua tu...kalau ada cam skang,masa umo 5 tahun pun dah tahu pasal laman sosial semua tu...walaupun sentuh komputer(sebab masa tu x de laptop lagi) dalam usia muda,tapi tetap jugak x terer2.. nak download lagu ke movie ke apa ke semua x tahu...masa mula2 nak cari keja tu nak copy pun x tahu... untung ada jugak seorang ibu yang dapat mengajar anaknya... :)))

                                                         salah satu game zaman budak2 dulu

kartun ni memang favourite la...

DEFINISI INTERNET(2)

untuk kali kedua,post tentang internet

Projek Internet sebenarnya bermula seawal tahun 1960an melalui ARPAnet, sebuah projek yang mendapat biaya kerajaan US untuk mewujudkan rangkaian komputer di antara empat universiti perintis; Universiti California, Universiti Utah, Universiti California Santa Barbara dan Institut Kajian Stanford (sekarang Universiti Stanford).

Nama Internet mula digunakan seawal tahun 1985. Ada yang mengatakan ia gabungan 'Inter Networking'. Ada pula yang mengatakan 'International Network'. Rasanya kata gabungan yang pertama lebih tepat.

Internet beroperasi menggunakan dua protokol (tatacara komunikasi) utama iaitu TCP dan IP.

TCP maksudnya Transfer Control Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana data dipindahkan dari satu komputer ke komputer yang lain.

IP bermaksud Internet Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana sesuatu komputer itu menyertai jaringan komputer dan dapat dikenali oleh komputer lain yang berada dalam jaringan tersebut.

Secara mudahnya TCP dan IP ibarat Posmen,Surat dan Alamat Rumah. Setiap surat perlu ada nama penerima dan alamatnya. Posmen akan membawa surat melalui apa jua laluan asalkan dapat sampai kepada penerimanya. Jika penerima tidak wujud, posmen akan pulangkan semula surat kepada penghantar atau pejabat pos asalnya.
 
yang ni diambil dari
http://notarazi.blogspot.com/2009/08/maksud-internet.html

MAKSUD INTERNET

MAKSUD INTERNET

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.


KEMUNCULAN INTERNET

Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.


INTERNET HARI INI 

Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan piawaian Internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti TCP/IP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP dan SSL.
Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah e-mel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail, Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.
Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, Torrent dan Gnutella.
Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat comScore melaporkan bahawa jumlah pengguna unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008.[1] Mengikut perangkaan penyelidikannya, Asia-Pasifik mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai dengan 41 peratus, diikuti oleh Eropah (28 peratus), Amerika Utara (18 peratus), Amerika Latin (7 peratus) dan akhir sekali Timur Tengah & Afrika (bersama 5 peratus). China menggungguli senarai mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia. Mengikut senarai tapak web yang dilawati pula, Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti dengan Microsoft, Yahoo, AOL dan Wikipedia dengan projek kembarnya.


BUDAYA INTERNET
Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya Internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan enjin gelintar seperti Google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran(decentralization) maklumat dan data secara ekstrem.


ISU MORAL DAN UNDANG-UNDANG

Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan fitnah, adalah biasa dan sukar hendak dikawal selia.
Kematian juga telah disalah gunakan di dalam penggunaan Internet oleh sesetengah pihak. Brandon Vedas meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang berlebihan setelah rakan-rakan sembang IRCnya memberikan semangat. Shawn Woolley membunuh diri kerana ketagihan dengan permainan online iaitu Everquest. Brandes ditikam bunuh, dan dimakan oleh Armin Meiwes setelah menjawab iklan dalam internet.
Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman web. Mereka tidak menilai sama ada sesuatu itu benar atau palsu. Kandungan yang bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat. Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu yang dipaparkan di internet mempunyai kesahihan atau tidak. Jangan menerimanya secara membabi buta.
Selain itu, banyak syarikat rakaman serta syarikat penerbitan filem melahirkan kebimbangan mereka mengenai gejala cetak rompak yang semakin menjadi-jadi menerusi internet. Pengguna internet boleh memuat turun filem, video ataupun lagu berformat MP3 secara percuma dengan mudah melalui beberapa laman web tertentu ataupun melalui perisian rakan-ke-rakan seperti Bittorrent. Pada tahun 2004, Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) telah memfailkan saman terhadap lebih 250 individu yang menawarkan muat turun lagu yang dicetak rompak.

CAPAIAN INTERNET

Negara dengan capaian internet yang terbaik termasuk Korea Selatan (50% daripada penduduknya mempunyai capaian jalur lebar (Broadband), dan Sweden. Terdapat dua bentuk capaian Internet yang umum, iaitu capaian dial-up, dan jalur lebar.

PENGGUNAAN INTERNET DI TEMPAT AWAM

Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam. Beberapa tempat awam yang menyediakan perkhidmatan Internet termasuk Perpustakaan, dan Internet Cafe (dikenali juga sebagai Cyber Cafe). Terdapat juga tempat awam yang menyediakan pusat perkhidmatan berinternet, seperti Internet Kiosk, Terminal Capaian Awam (Public Access Terminal), dan Telefon web.
Terdapat juga kedai atau restoran yang menyediakan capaian Wi-Fi atau Hotspot, seperti WiFi-cafe. Pengguna hanya perlu membawa komputer riba (notebook) atau PDA, yang mempunyai kemampuan WiFi untuk capaian ke Internet. 


TEKNOLOGI MAKLUMAT(ICT)

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skal sangat besar (VLSI).


DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.


FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.
1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
2. Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
3. Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
4. Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
5. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
6. Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.

Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada.
Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.
Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat Singapura dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati mulia.


KOMPONEN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut


TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA MASA KINI

Dalam zaman yang serba moden ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi pelbagai aspek pengkomputeran dan teknologi. Ahli-ahi profesional melakukan pelbagai tugas yang berbeza-beza dari segi pemasangan perisian penggunaan teknologi serta perekaan bentuk rangkaian komputer dan juga pangkalan data maklumat.Kini, tugas yang dilakukan oleh mereka melalui teknologi maklumat adalah seperti yang berikut. Iaitu termasuklah pengurusan data, pengurusan sistem, perangkaian komputer, perekaan bentuk perisian, perekaan bentuk sistem pangkalan data serta sistem maklumat pengurusan (MIS) .

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Perhubungan Maklumat (ICT)

Antara iklan terbaru dalam blog abuaslam ialah iklan ‘MyEg Service’ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai membaharui cukai jalan kenderaan secara ‘internet online’. Sebelum ini syarikat-syarikat insuran telah menawarkan perkhidmatan tersebut untuk membaharui insuran kenderaan secara online tetapi para pemilik kenderaan terpaksa pergi ke JPJ atau Pejabat Pos Malaysia bagi membaharui cukai jalan masing-masing.


Selain itu beberapa agensi kerajaan lain juga sudah mengorak langkah memanfaatkan teknologi ICT misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filing. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran cukai pendapatan.

Terbaru, pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga sudah menggunakan sistem ‘E- Ticketing’ dan menawarkan tambang murah bagi menyaingi Air Asia. Justeru ada baiknya semua sistem pengangkutan terutama bas Ekspress turut menawarkan sistem sedemikian kerana ia memudahkan orang ramai membuat tempahan tanpa perlu pergi ke kaunter tiket.

Bagi industri perbankan pula Maybank Berhad mendahului bank lain dalam menawarkan sistem online dengan jenama maybank2u. Urusan pemindahan wang dan pembayaran bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat iaitu hanya di ‘hujung jari’.

Di sebalik kemudahan-kemudahan tersebut terdapat juga keburukannya antaranya peluang pekerjaan sebagai ajen insuran kenderaan dan pekerja di kaunter bank dan tiket pasti berkurangan. Ini akan menambahkan kadar pengangguran dalam negara. Justeru tenaga kerja yang ada perlu disalurkan ketempat yang sesuai bagi mengurangkan masalah tersebut. Ini kerana warganegara Malaysia tidak lagi berminat bekerja sebagai buruh kasar dan pembantu rumah atau pelayan restoran.

sebenarnya banyak ilmu dan manfaat yang boleh digunakan dengan kewujudan teknologi ICT tetapi bila disalahgunakan terutama medium internet menyebabkan semua lapisan masyarakat termasuk remaja dan kanak-kanak turut terdedah kepada bahan lucah/porno. Ini seterusnya akan menambahkan gejala sosial seperti seks bebas dan jenayah berkaintan seks seperti rogol dan lain-lain.

Diharap samada kerajaan ataupun pihak swasta dapat berganding bersama bagi menghasilkan suatu rumusan dan pelan tindakan bagi membendung masalah dan kesan negatif dari ICT terutama peningkatan jenayah siber dan laman-laman sesawang yang berunsur lucah


 from http://kumpulan1kawan.blogspot.com/p/test.html