SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

Aku Islam

Dr. Pakar Cinta

KEMBALI KE MAKTAB



Alhamdulillah selamat seperti yang dirancang...
SELAMAT KEMBALI KE MAKTAB TERCINTA !

buat semua adik2 selamat kembali ke sekolah..
nikmati zaman persekolahan itu sepuas puasnya ok ?!!
semangat pada setiap hari sesi persekolahan :)

Wa bukan apa tapi memang Wa rasa zaman sekolah adalah zaman paling best !
sungguh Wa RINDU SEKOLAH SANGAT2 !!

Berkenaan dengan tajuk...ya Wa sudah selamat tiba di maktab tepat jam 4.50 petang tadi..alhamdulillah
pada saat itu maka bermula lah sesi pembelajaran pada tahun pertama untuk peringkat ijazah perguruan ini..
saat dan ketika ini tiada  lagi istilah untuk bermain bersuka ria bermalas malasan kerana peringkat ini adalah waktu sibuk untuk menguruskan segalanya yang berkenaan...dulu masa foundation boleh lagi untuk bersenang lenang..sekarang lupakan semua itu yaw !

MISI WA BAGI PERINGKAT INI ... JENG3 :-

a) Wa perlu berusaha sungguh2 untuk mendapatkan yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan
b) Wa perlu kuatkan semangat , tabhakan hati dalam setiap perkara dan dugaan yang mendatang
c) Wa perlu berusaha untuk menggembirakan hati abah dan mama supaya mereka bahagia
d) Wa perlu berusaha untuk menjadi lebih baik dan disenangi orang 
e) sekiranya mampu hadiri setiap aktiviti keagamaan yang ada di maktab ni
f) libatkan diri dalam semua aktiviti yang diperlukan perkhidmatan
g) cuba untuk kurangkan rasa malu dan gugup serta berikan pendapat ketika berada di hadapan orang ramai
h) berfikiran dengan lebih matang dan rasional 
i) cuba bermanis mulut rapatkan diri dengan orang yang baru dikenali
j) yang paling penting ! Wa perlu berusaha untuk menjadi seorang SOLEHAH di mata Allah 
 (jaga setiap perlakuan dan pertuturan)

Banyaknya misi Wa !!! tapi memang itu yang diperlukan...jangan terlalu kebudak budakan dan jangan terlalu mengharapkan bantuan orang..mungkin dia tidak mampu..namun sentiasalah dekatkan diri dengan Allah kerana Dia maha mendengar dan maha mengetahui :)

No comments:

Post a Comment